Paparan

SPONSORED

Tuesday, July 22, 2014

Elakkan Kesesakan Lalu Lintas Sepanjang Musim Perayaan

Salam buat Semua.

Raya dah nak dekat. Saya ingin ucapkan selamat hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada pembaca sekalian. Blog ini memerlukan ramai pembaca, pengikut/followers dan komen untuk kemajuan blog ini.

Bila sebut pasal Raya, pastinya semuanya teruja. Macam-macam lah terujanya. Ketupat dan makanan Raya yang kita hanya makan setahun sekali. Ramai berpakaian baju raya warna warni. Konvoi beraya. Duit raya bagi yang layak haha..lagu-lagu raya dan macam-macam lagi.

Entri ini nak berkongsi berkenaan jadual perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan.

Kredit kepada PLUS Expressway Berhad


RUJUK JADUAL ATAS

WARNA HIJAU menunjukkan cadangan perjalanan dari Lembah Klang iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Semasa ini, masing-masing mula meninggalkan Lembah Klang untuk pulang beraya di kampung masing-masing.

WARNA BIRU menunjukkan cadangan jadual perjalanan menuju kembali ke Lembah Klang sesudah beraya di kampung halaman. Ketika itu, sudah pastinya sesak menuju ke Lembah Klang.

p/s: Balik kampung...oooowwhhh balik kampung hati girangggg


Selangor dapat Menteri Besar Baru?

Salam buat semua pembaca.


Ini ada berita yang terbaru mengenai politik Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi (malam ini) menamakan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Keputusan itu dimaklumkan Ketua Umum PKR yang juga suami Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat majlis pimpinan pusatnya.

PKR akan membawa perkara itu untuk persetujuan pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Presiden, esok.

Datin Seri Wan Azizah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang selepas memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya kecil yang diadakan ekoran penyandangnya iaitu Lee Chin Cheh, juga dari PKR. 

Persoalannya.. mengapakah Menteri Besar Selangor mahu ditukar?

Kemungkinan jawatan MB Selangor akan bertukar tangan? Apa kata rakyat Selangor?

Friday, July 18, 2014

BERITA TERKINI: Pesawat MAS, MH17 Terhempas

Berita yang mengejutkan kita semua tengah malam ini selepas berita kehilangan MH370.


Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia malaam ini.

Dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.


Perdana Menteri melalui twit terbaru di akaun rasmi Twitternya mengatakan bahawa beliau terkejut dengan laporan bahawa pesawat MAS terhempas dan siasatan segera akan dijalankan.

Menurut sumber, pesawat berkenaan terhempas berdekatan bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.


Dipercayai pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara

Wednesday, July 16, 2014

Undian Kumpulan Piala Malaysia 2014

Salam Ramadan.

Dah lama tak berblogging..Saya baru habis peperiksaan semester. Baru dua hari saya di kampung halaman di Batu Pahat. Bersyukur, tadi adalah pertama kali berbuka puasa bersama keluarga untuk bulan Ramadan kali ini. Sepanjang cuti ini, saya mahu mendedikasikan masa dengan blogging, dah lama dah saya ingin meluangkan masa memandangkan tiada masa lapang.

Entri ini berkenaan undian kumpulan untuk Piala Malaysia 2014. Agak lewat saya blogging mengenainya haha..jangan la mengata wey hihi..

Perlawanan ini melibatkan 4 kumpulan:

KUMPULAN A
-PAHANG
-LIONSXll
-FELDA UNITED FC
-jOHOR DT 2

KUMPULAN B
-TERENGGANU
-SARAWAK
-PERAK
-KEDAH

KUMPULAN C
-JOHOR DT
-KELANTAN
-ATM
-PENANG

KUMPULAN D
-SELANGOR
-SIME DARBY FC
-PDRM
-T TEAM

SPONSORED