Paparan

SPONSORED

Wednesday, August 19, 2015

Port Dickson: Tarikan Pelancong ke Negeri Sembilan

Pinjam jap eh empunya gambar

Pantai Port Dickson (PD) adalah tempat percutian hujung minggu yang menarik untuk warga kota. Port Dickson lebih terkenal dengan pantainya yang menarik, kemudahan yang mencukupi dan infrastruktur yang baik. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Antara pantai yang terkenal di sini adalah Teluk Kemang dan Blue Lagoon. Terdapat juga infrastruktur untuk sukan air dan aktiviti pantai.

Port Dickson hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dengan kereta untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Ada dua alternatif nak ke Port Dickson, iaitu melalui Lebuh Raya bertol (Lebuhraya Seremban Port Dickson) atau jalan biasa yang tidak begitu memuaskan. 

Port Dickson terkenal akan pantainya. Hotel-hotel dan resort banyak didirikan di sepanjang pantai untuk kemudahan pelancong. Port Dickson bukan sahaja menawarkan percutian pantai semata-mata.
Glory Beach Resort

Anda boleh memilih untuk bermalam di hotel ataupun perhi hari sahaja kerana jarak antara Kuala Lumpur ke Port Dickson bukannya juah pun kalau nak balik rumah. Sekali-sekala bawa anak isteri apalah salahnya luangkan masa 2-3 hari kan. 

Pantai Teluk Kemang
Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.

Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular dan lebih meriah kalau dibandingkan dengan pantai-pantai lain di sepanjang 18 km  pesisir pantai Port Dickson. Banana boat aktiviti popular disana. Tapi, bersedia lah anda untuk tercampak daripada banana boat.


Kemudahan-kemudahan nya lebih baik dan terjaga. Harga makanan nya pun tidak lah mahal. Saya perhatikan Port Dickson makanan dan minuman agak mahal, maklumlah tempat pelancongan.

Kalau daripada lebuhraya Seremban- Port Dickson, anda akan berjumpa dengan bulatan. Belok ke kiri untuk ke Pantai Teluk Kemang. Kalau ke kanan nak ke Bandar Port Dickson. Bandar Port Dickson saya lihat tidak meriah, kerana tarikan nya di pantai.


Muzium tentera Darat
Bagi sesiapa yang minat akan cerita ketenteraan, perang dan sejarah, anda boleh lawati Muzium Tentera Darat yang terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Muzium Tentera Darat Port Dickson ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.


Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang membawa kita kepada jalan cerita atau perjalanan ketenteraan kita dari era Kesultanan Melayu Melaka, era Portugis dan Belanda, era Penjajahan British, era penubuhan Askar Melayu sehinggalah kepada era Tentera Darat Hari ini.


Antara yang menarik perhatian di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah replika terowong bawah tanah sepanjang 142 meter bermula dari Blok B dengan dua pintu keluar iaitu di Kampung Hutan dan Pesawat Caribou yang bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada setiap pengunjung.

RABU – AHAD
10:00 pagi – 5:00 petang
Waktu Tutup
Isnin & Selasa
Kemasukan: Tiada dikenakan bayaran untuk melawat Muzium Tentera Darat.
Hubungi :
06-6409488, 6409484, 6409481, 6409482
admin@armymuseumpd.gov.my
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa,
Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, MALAYSIA

PD Ostrich Show Farm
Antara tarikan terbaru( terbaru eh?) di port Dickson. Biasanya kita tahu Port Dickson hanyalah percutian di Pantai. Tidak ramai yang tahu pun PD Ostrich Farm ini. Anak-anak pasti teruja melihat besarnya burung unta dan telurnya. Dedahkan anak anda dengan hidupan liar secara langsung, jangan asyik tengok National Geographic sahaja. 

Bayaran masuk dewasa RM 13, Kanak-kanak dan Warga Emas RM 8. Tolong bagitahu kalau ada perubahan harga.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED