Paparan

SPONSORED

Wednesday, April 25, 2012

Best ke ada Anak Perempuan?

Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana melawat dan silalah 'follow' blog ini dalam usaha untuk meningkatkan gaya mutu dan keunggulan blog ini.

Petang rabu cuti mid semester di rumah, saya berminat pada petang ini untuk kongsi atau 'share' artikel kepada anda semua. Kurang idea pada petang ni, so saya kongsikan untuk anda semua agar pada hari ini entri ini tidak lah anda pulang dengan tangan kosong..(ecewaahh).

*  *  *

Entri yang mahu dikongsikan ialah tentang KELEBIHAN ADA ANAK PEREMPUAN..

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ada anak lelaki dan ada anak perempuan. Sekarang ni mana-mana ku lihat, banyak betul anak perempuan dilahirkan. Betul kah? Setiap anak ada kelebihannya.
Doa untuk ibu bapa

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,


“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Friday, April 20, 2012

Tabiat Merbahaya yang Perlu ElakkanSelepas Makan

Salam buat pembacaku dan pengunjung yang singgah ke sini.


Sila la 'follow' blog ini untuk sokongan dan pembangunan blog ini yang tidak lah seberapa ini.

*  *  *
Musang King..Terliur beb..baca doa makan dulu


Dikongsi antara tabiat yang perlu dielakkan selepas makan. Ditulis 'perlu' sebab tak paksa pun..Terpulang lah kat kalian semua. 


1) Merokok - Eksperimen daripada pakar membuktikan merokok selepas makan umpama merokok 10 kali. Bermakna, peluang untuk kanser/ barah lebih tinggi.


2) Segera memakan buah-buahan selepas makan - Memakan buah-buahan dengan segera selepas makan akan menyebabkan perut kembung dengan udara. Jadi sebaiknya, makan buah-buahan 1-2 jam selepas makan  atau satu jam sebelum makan. Pernah cuba? 


3) Minum air teh - Daun teh mengandungi kandungan asid/acid yang tinggi. Kandungan ini menyebabkan protein di dalam makanan yang kita makan menjadi beratus, jadi makanan susah nak hadam.


4) Melonggarkan tali pinggang - Ini menyebabkan mudahnya usus terbelit dan tersekat.

5) Mandi - Ini sering dalakukan kebanyakan orang kita. Bila perut senang, kita pun mahu badan kita sejuk dan segar bukan? SALAH tu.. Ini menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Aliran darah ke perut berkurangan dan seterusnya melemahkan sistem penghadaman di perut. Nnti perut pun bertambahlah buncit atau boroi..


6) Berjalan-jalan - Sering kita menganggap bahawa selepas makan adalah baik berjalan-jalan agar membakar lemak. Itu SILAP. Ini menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrien makanan.


7) Tidur selepas makan - Yang ni memanglah diketahui umum yang tabiat ini memanglah tidak baik. Makanan yang kita ambil tidak dapat dihadam dengan baik. ni membawa kepada gastrik dan jangkiitan di usus.

Wednesday, April 18, 2012

Tidur Ikut Sunnah Rasullullah

Assalamualaikum wbt dan salam buat semua pengunjung. Sila la 'follow' blog ini. Sokongan anda sangatlah dihargai.


Tidur adalah suatu nikmat yang tidak terhingga nikmatnya. Tidur tak perlu paksa, kerana apa? Sebab semua orang suka tidur. Malah ada yang kata hobinya adalah tidur. 


Tidur juga merupakan suatu Ibadat kalau anda semua sudah lupa. Dan tidur juga ada banyak sunnah.



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:-
Doa ketika hendak tidur dan bangun dari tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 

Good night everyone..

PTPTN ada Lagu..

Salam buat semua.

Sokonglah blog ini dengan 'follow' blog ini. Jasa anda sangat dihargai demi kemajuan blog ini yang masih mentah lagi.

Terjumpa mana entah lagu ni. Akhir-akhir ini hangat diperkatakan pasal PTPTN ni.

Isu ni tengah hangat, jom layan lagu ni untuk relax kan minda..Kelakar gak lagu ni tau.

*  *  *

(Sila nyanyi ikut rentak Lagu Pulangkan - Misha Omar )

(ex-student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahagia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai
PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(ex-
Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-
(Pegawai
PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(ex-
Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-
(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-
(ex-student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu
Ke mana jua..
Hingga akhir masa.



P/S: Jus for fun, jangan marah...

Friday, April 13, 2012

Perkara-perkara Yang Merosakkan Otak

Assalamualaikum wbt dan salam buat pengunjung yang melawat. Blog ini masih muda, perlukan sokongan semua dengan 'follow' blog ini. Sokongan amatlah dihargai..
Betapa penting kan fungsi otak kepada kita semua

Otak adalah nikmat kurniaan Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya. Setuju dengan kenyataan ini? Otak mana ada dijual kat kedai-kedai mahupun pasar malam. Yang hanya ada di kedai ialah otak-otak..Sedapnyer!!Dulu satu tu harga 30 sen zaman sekolah menengah, sekarang umur 21 (kantoi umur) sampai 70 sen secucuk??

otak-otak
Seperti yang dipelajari dalam subjek Biology zaman sekloah (walaupun x dapat A masa SPM), otak manusia ada pelbagai bahagian dan membawa tugasnya yang penting kepada kita. Fungsi otak kebanyakannya tidak dikawal oleh kita sendiri, kerana dikawal secara automatik seperti sistem peredaran darah ke seluruh anggota tubuh. Hebatkan ciptaan Allah..Kalaulah semua fungsi otak kita kawal sendiri, mesti kelam kabut kan.

Biasa nampak kat drama-drama tv kan, bila seseorang diketuk kepalanya dengan kuat, seseorang tu boleh pengsan. Adakalanya ada jadi orang gila, nyanyuk dan pelupa. Tak ingat apa-apa langsung.

Inilah antara-antara perkara yang merosakkan otak. Buat dalam 'point form' agar lebih mudah membaca.


1) Tidak mengambil sarapan pagi:-
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2) Terlebih makan:-
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik seperti ayat perkara pertama diatas. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada usus dan perut untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kurang darah yang sampai pada otak. Ini menyebabkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. Biasakan kita dengar, "harap badan je besar, tapi otak kecik" kan.

3) Merokok:-
Seperti yang diketahui, asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4) Mengambil gula berlebihan:-
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5) Menghidu udara yang tercemar:-
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan kita. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang diketahui umumnya sangat merbahaya kepada otak.

6) Tidur yang berlebihan:-
Tidur baik untuk kesihatan otak. Namun jika berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. Tidur berlebihan membawa kepada sikap malas dan ayat ini memang femes kita dengar : "asyik tidur je..pemalas betul, pergilah buat kerja sana".

7) Tidur dengan menutup muka:-
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula  semasa bernafas. Karbon dioksida adalah bahan buangan pernafasan kerana kita tidak memerlukannya. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8) Kurang berimaginasi:-
Berikir merupan satu cara yang baik untuk mengasah otak. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. Alah tak kan la tak biasa berimaginasi..Susah tidur malam pun disebabkan banyak sangat berimaginasi kan.
hebat idea-idea dia ni..

9) Jarang berfikir:-
Lebih kurang dengan point ke lapan. Jarang berfikir menyebabkan otak menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.


10) Tidak membaca Al-Quran:-
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi faedah kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal. Biasa kan lihat atok-atot atau tok wan yan rajin membaca Al-Quran tidak nyanyk kan.


Bak kata Ustaz Izi Haji Ali, : Renung-renungkan dan selamat beramal..



Wednesday, April 11, 2012

Entri sempena Pertabalan Yang di Pertuan Agong

Salam buat semua pembaca dan sila la follow blog ini. Sokongan amatlah dihargai untuk membangunkan blog yang tak seberapa ini. Hari ini Rabu 11 April 2012 adalah hari istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertan Agong.


Entri kali ini bersempena dengannya dan diharap entri ini memberi sedikit sebanyak info. Entri kali ini agak lah panjang. Selamat membaca.

*  *  *

Yang di-Pertuan Agong(YDPA) ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah. YDPA ini adalah satu-satunya yang ditabalkan untuk menjadi YDPA untuk kali kedua dalam sejarah. 


Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.
Tun Dr Ismail(kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yasin(kanan)

Itu fakta pasal Perdana Menteri..bagaimana pula dengan Timbalan Perdana Menteri?
    
 Dan Johor juga patut berbangga apabila Timbalan Perdana Menteri pada pertabalan 1970 dan 2012 adalah Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Yeah!!ngaku anak Johor ni..Memang anak Johor pun.



Ratu Elizabeth II mengucapkan tahniah atas pertabalan Tuanku Abdul Halim seagai Yang di Pertuan Agong buat kali kedua.

Ini sumber dari BERNAMA:
Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Agong
 2012/04/10KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II dari Britain mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.
 "Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong. Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan negara Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan sudah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia berkembang, sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia.
 
Beta ucapkan selamat maju jaya ketika Tuanku memimpin Malaysia, buat kali kedua, dalam perjalanan menuju kemakmuran dan sebagai sebuah kuasa untuk kebaikan di rantau ini dan dunia yang lebih luas," titah Ratu Elizabeth dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.
 Tuanku Abdul Halim pertama kali dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 pada usia 42 tahun dan baru-baru ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.

*  *  *
Sejarah
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
 Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
1. Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
3. Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
9. Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)

*  *  *
Giliran Negeri:
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.


Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak

P/S: Bermakna..cuti umum..Alhamdulillah..




Thursday, April 5, 2012

Perkongsian: Cara Didikan Anak Lelaki dan Perempuan

Salam buat semua pembaca

Terima kasih kepada yang berkunjung dan sila lah follow blog ini. Terima kasih.

Apa yang saya nak tulis isi utama sudahpun dihuaikan dengan baik dalam gambar. Kredit kepada empunya gambar.



Untuk anak lelaki, tetapkan sifat-sifat kepimpinan seperti melatihnya memimpin adik beadiknya yang lain terutamanya anak lelaki yang sulung. Anak lelaki nanti bakal menjadi pemimpin, tidak pemimpin besar pun, pemimpin keluarga nanti.

jom ringan-ringankan tulang
Latih dengan ciri-ciri maskulin. Ajar lah kemahiran hidup macam betulkan paip bocor ke, potong rumput. Dah besar nanti bila ada rumah sendiri, nak tukar mentol lampu terbakar pun nak upah technician..Apelaa..Nak beli alat permainan pun jangan la belikan anak patung Barbie kan. Tak kelakar ke? Pupuk jiwa maskulin kepada anak lelaki, sekarang ni banyak dah lelaki yang tak macam lelaki. Tak gitu?

Pupuk dengan kerja sukarelawan. Latih mereka menjadi 'ringan tulang'.  Bila ibu bapa dah tua nanti, kepada anak juga la tempat minta tolong. Kalau anak memang pemalas dari kecil sebab tak latih menjadi ajin..Susah la nanti..Fikir-fikirkan..

Untuk anak perempuan pula, ajar anak untuk tutup aurat. Sebagai perempuan muslimah, itu perkara penting. Bawak anak buat kerja rumah sekali dan biasa kan dengan kerja-kerja seperti cuci pinggan, kemas rumah, tolong mak masak ke. Tolong mak masak, lama-lama reti masak. Dah lengkap dah jadi wanita pilihan jejaka (ecewah).

Nak ajar atau didik anak-anak biar lah dari kecil , 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Peribahasa lagi.. Peribahasa ini saya tahu masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Nak buat ayat karangan Bahasa Melayu pun femes pakai peribahasa ni. Yelah, letak peribahasa, tambahlah markah kan.

Ceh, macam dah ada anak aje saya ni..Ni ilmu yang akan digunakan untuk didik anak-anak nanti.

SPONSORED