Paparan

SPONSORED

Thursday, April 17, 2014

R.I.P Karpal Singh


Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori.
Turut terbunuh pembantunya, Michael Cornandez, manakala tiga lagi parah.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.

*  *  *


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Karpal Singh atas kematian bekas Pengerusi DAP itu dalam kemalangan jalan raya di Gua Tempurung kira-kira jam 1 pagi tadi.

"Saya baru saja tiba di Ankara dan mendapat berita bahawa Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga Karpal Singh," katanya dalam laman Twitter milik beliau, sebentar tadi.
*  *  *

Ketika ini, semua ahli keluarga mendiang dan sebahagian besar wakil rakyat DAP serta pembangkang berada di Unit Forensik Hospital Kampar menunggu mayat selesai dibedah siasat untuk dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang.

Suasana pilu menyelubungi Hospital Kampar apabila ahli keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh, tiba sebaik mengetahui kematian mendiang dalam kemalangan maut awal pagi tadi.

Kelihatan anak mendiang, Gobind Singh Deo, memeluk dan menenangkan ibunya, Gurmit Kaur, yang menangis tanpa henti.
Kelihatan adiknya, Sangeet Kaur, yang turut kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan menangis teresak-esak.

Anak sulung mendiang, Jagdeep Singh, yang tiba kemudian dalam keadaan sugul.   

Pemimpin veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik dan keadaan jalan raya gelap tanpa lampu jalan.

*  *  *


PENGERUSI MCA negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon mengucapkan takziah kepada anak Karpal, Jagdeep Singh dan Gobind Singh Deo di Unit Forensik HRPB Ipoh untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke Pulau Pinang. - Foto Berita Harian

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, mayat mendiang bapanya akan disemadikan di Pulau Pinang sama ada pada Sabtu atau Ahad bergantung kepada pengumuman rasmi yang akan dibuat petang ini.

Gobind berkata, kali terakhir beliau bertemu Karpal Singh di Hospital Pantai Bangsar kira-kira jam 10.15 malam tadi.

*  *  *

"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Perkongsian Hadis:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalubaginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda:“Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia jugajiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Monday, April 14, 2014

Gaji MB Selangor diskaun

SHAH ALAM -  Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.

"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.



Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak.

Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).

Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.

Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian

Catuan AIr Bakal Berakhir


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengumumkan tarikh pemberhentian catuan air di seluruh Selangor dalam masa terdekat.

Menurutnya, keputusan bakal diambil secepat mungkin ekoran kenaikan paras air di empangan.

“Kenaikan air di empangan mula meningkat. Saya akan mengadakan perjumpaan sama ada Jumaat ini atau Isnin depan untuk menetapkan tarikh pemberhentian catuan air. Lagi cepat lagi baik,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Annexe, hari ini.

Abdul Khalid berkata laporan peningkatan air itu diterima daripada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan akan dipantau dari semasa ke semasa.

“Laporan itu dari Luas. Saya akan memantau dari sehari ke sehari,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menegaskan tidak akan berganjak daripada meneruskan pelan catuan air berjadual di beberapa kawasan selagi keadaan paras air di empangan masih belum memuaskan.

Menurut Abdul Khalid, keputusan tidak akan diubah sehingga musim hujan dan peratus takungan air di empangan melebihi 65 hingga 70 peratus.


Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lalu melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Sunday, April 13, 2014

Siaran Media Oleh SYABAS berkenaan Catuan Air



SIARAN SEGERA
11 APRIL 2014
(sumber laman web SYABAS)

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat masih diteruskan oleh pihak SYABAS mengikut jadual sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, SYABAS ingin memaklumkan bahawa perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Pelan catuan bekalan air ini dilaksanakan atas keputusan Kerajaan Negeri Selangor setelah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak SYABAS hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan ini sahaja.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan pelan catuan bekalan air ini bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup. Pelan catuan bekalan air ini juga dilaksanakan ekoran paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yg kritikal.

Berhubung dengan kekeliruan yang masih wujud terhadap peranan SYABAS di dalam perlaksanaan pelan catuan bekalan air ini, adalah dimaklumkan bahawa keputusan untuk meneruskan atau melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air ini adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, memandangkan masih ramai pengguna yang cuba menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) bagi mendapatkan maklumat berkenaan kawasan yang terlibat dan juga jadual catuan namun panggilan tersebut tidak dapat menembusi PUSPEL, SYABAS dengan ini memohon kerjasama dari pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tersebut agar melayari laman web SYABAS www.syabas.com.my.

- tamat -

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung  bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.





MAKLUMAT TAMBAHAN

1.      PELAN CATUAN BEKALAN AIR


Pelan Catuan
Punca Catuan
Kawasan Terlibat
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Peringkat Pertama
Penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi  kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat
Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
27 Feb. 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
Peringkat Ketiga
Pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor (500 JLH) dan empangan Klang Gates (30 JLH) oleh Kerajaan Negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
10 Mac 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
Peringkat Keempat
Jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor ditingkatkan sebanyak 500 JLH kepada kepada 1,000 JLH.
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat,  Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang
4 April 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN

Catuan Air Masih Berjalan Walaupun Hujan


BERNAMA melaporkan bahawa polisi catuan bekalan air setiap dua hari yang diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih berjalan mengikut jadual, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Syarikat itu berkata ini bermakna, kawasan yang dijadual mendapat air akan menerima bekalan berterusan selama 41 jam bermula jam 4 petang, manakala zon yang dijadualkan tiada bekalan air akan mengalaminya selama 55 jam bermula jam 9 pagi.

Justeru, kenyataan bahawa catuan air dilaksanakan secara tiga hari ada air dan dua hari tiada air adalah tidak benar sama sekali, kata Syabas dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Syabas memaklumkan kejadian paip pecah di Seksyen 3 Petaling Jaya, Bukit Kemuning dan Bukit Rinching menjadi antara punca kelewatan mendapat bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurut Syabas, kawasan terlibat akan kembali mendapat bekalan air selepas kerja pembaikan paip siap dilaksanakan.

Pengguna dinasihatkan melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mengetahui maklumat dan status terkini pelan catuan air.

Penghujung bulan Mac baru-baru ini, ada dilaporkan catuan tetap dijalankan walaupun hujan dijangka turun mulai penghujung bulan Mac. Katanya, catuan tetap dijalankan sehingga kapasiti air di empangan sehingga 60%.

Hujan ke tak hujan ke..tetap kena catu beb..

Saya antara pengguna air yang terjejas akibat polisi catuan ini. Memanglah saya dapat tadah air untuk kegunaan sempena hari yang tiada air..untuk mandi ala kadar tu boleh laa..tapi fikirlah kalau nak buang air besar??Buang air besar boleh rancang ke setiap 2 hari sekali??

Nak cuci baju macam mana pulak?

Ini memang hujan turun. kalau hujan x turun, macam mana jadinya polisi catuan ini? Polisi catuan air selang 2 hari ini siapa yang buat? Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? SYABAS? Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)?

Adakah hujan yang memang lebat ini tak berlaku di kawasan sumber air??

Berapa lamakah polisi catuan ini berjalan? Hujan dah turun..Pastinya kita semua bersyukur dan gembira hujan dah turun disebabkan yang pertamanya, dah lebih sebulan musim kemarau, dan kedua nya mengharapkan bekalan air pulih.

Adakah kita mampu tersenyum walhal bekalan air masih bermasalah??

Saya tak mampu komen banyak sebab bukan saya pembuat polisi mahupun pihak yang maklum berkenaan maklumat berapa banyak air yang ada. Tanya MB Khalid la kot..

Mengikut 'press release' daripada SYABAS,

SPONSORED