Paparan

SPONSORED

Thursday, March 27, 2014

Kedai Kunci yang Hampeh


Hai Semua

Baru baru ini, saya telah ke kedai kunci. Tujuannya hanya satu, iaitu nak duplicate kunci. Sebagai kedai kunci(betul ke Bahasa saya ni), sudah tentu mereka yang diharapkan untuk duplicate kan kunci pelanggannya, disertakan dengan bayaran.
Saya rasa kebanyakan dari pembaca pernah duplicate kunci kan?
Kunci akan di duplicate oleh kedai kunci.

Jadi, apa masalah nya disini?

Saya terkejut kerana saya dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk satu anak kunci. Padahal selalunya kena RM 3. Kawan saya kena RM 3 sahaja,  tapi bukan di kedai yang sama. Harga je dah mahal, jadi saya harapkan perkhidmatan yang cemerlang gemilang terbilang, standing dengan harganya.

Untuk maklumat, tukang kunci itu adalah seorang bangla.
Saya terus mencuba guna kunci tersebut dengan agak kesal dengan harganya, Cuma saya harap berkualiti jela.

Rupanya, tak boleh guna…Apa punyer kedai kunci da..
4 kali saya ulang alik ke kedai kunci tu…bayangkanlah saya naik turun tangga tingkat 7. Penat. Tak pernah berlaku kedai kunci tak reti duplicate kunci. Kali keempat baru boleh. Bayangkan penatnya tu dan kos ulang alik.

Nak tau tak kedai kunci tu kat mana?

Premis perniagaan Seksyen 7. Gate belakang UiTM. Berhadapan deretan kedai makan yang merupakan hotspot tumpuan makan. Pembuat kuncinya bukan warganegara Malaysia.  

Kacau mood cuti Sabtu Ahad saya kerana hal yang sepatutnya boleh settle dengan mudah.

p/s:maaf bahasa tak betul sangat


Monday, March 17, 2014

TNB keluar panduan penggunaan pendingin hawa


Tenaga Nasional Bhd (TNB)  mengeluarkan panduan penggunaan pendingin hawa secara bijak semasa cuaca panas dan kering melanda negara bagi pengurusan elektrik yang baik.

TNB dalam satu kenyataan berkata antara langkah yang boleh diamalkan ialah dengan menyelaraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 hingga 25 darjah selsius serta kerap menukar atau membersihkan penapis pendingin hawa.

Ia turut menyarankan pengguna agar menutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik selain mencadangkan untuk membuka kipas dan menetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup pada waktu malam.

Dalam kenyataan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pendingin hawa mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna TNB.

Turut disarankan ialah penggantian pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun dengan yang baharu kerana pada tempoh berkenaan unit itu tidak lagi efisien untuk digunakan.

Turut disertakan ialah tip membeli pendingin hawa baharu iaitu memilih unit yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi.


"Pilih saiz dan jenis yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. Penghawa dingin yang besar bukan sahaja lebih mahal malah menyebabkan bil elektrik lebih tinggi kerana alat pemampatnya perlu berputar dan berhenti secara berulang," katanya. - BERNAMA

Penggunaan Bekalan Air berjaya dikurangkan 331 juta liter sehari

KUALA LUMPUR 16 Mac- Kadar penggunaan bekalan air bersih berjaya dikurangkan sebanyak 331 juta liter sehari (JLH) hasil daripada pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di sembilan wilayah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata kadar penggunaan air secara keseluruhan kini adalah sebanyak 4,369 JLH berbanding dengan pengeluaran biasa dalam lingkungan 4,700 JLH.

SYABAS juga memaklumkan bahawa tiada penghantaran bekalan air melalui lori-lori tangki atau tangki air statik di semua kawasan catuan kerana pelan catuan yang dijalankan merupakan pelan yang menghadkan bekalan air mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun pertimbangan untuk menghantar bekalan air kecemasan dilakukan mengikut keutamaan seperti upacara kematian, kenduri dan pusat dialisis.

Para pengguna juga diharapkan agar memberikan kerjasama dalam usaha mengurangkan penggunaan bekalan air dan terus berjimat bagi membolehkan bekalan air dapat bertahan lebih lama.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga dilaksanakan susulan dari keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan perlepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sebanyak 500 JLH dan empangan Klang Gates sebanyak 30 JLH.

Selain itu, pelan pencatuan juga dilaksanakan susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran dari pencemaran air mentah.

Laman web SYABAS, www.syabas.com.my boleh dilayari untuk mengetahui kawasan yang terlibat dan jadual catuan bekalan air. - BERNAMA



Saturday, March 15, 2014

Lima maut akibat ambil dadah berlebihan, empat kritikal ketika tonton konsert




Konsert Future Music Festival Asia yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil malam ini dibatalkan.

Lima orang termasuk dua wanita maut dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan ketika menyaksikan Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata pembatalan konsert itu berikutan terdapat lima kematian dipercayai pengambilan dadah berlebihan, malam tadi. Tiga lelaki dan dua wanita itu berusia di antara 19 dan 28 tahun.Dalam pada itu, dua lelaki dan dua wanita dilaporkan kritikal juga dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan.



Mangsa yang kritikal kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malam tadi menyaksikan kehebatan DJ tersohor dunia memberikan persembahan bertenaga seperti Deadmau5, Will Sparks, Adventure Club, R3hab, Bate dan Eva T.



Selain itu beberapa pentas lain turut menyaksikan persembahan daripada DJ popular dalam dan luar negara. Lebih menarik FMFA tahun ini juga telah menarik pengunjung lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia.

Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.

Disebabkan kejadian ini, konsert terakhir yang dijadualkan malam ini terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur.





Friday, March 7, 2014

Ultraman Bukanlah Ultra Power di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini telah mewartakan pengharaman penerbitan buku Ultraman The Ultra Power, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.


Buku dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu semalam, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


 Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi sebarang maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan, kata kenyataan itu.


Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.- BERNAMA

 

SPONSORED